Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal merakamkan lagu baharu untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.

Kata Siti, idea untuk menghasilkan lagu untuk anaknya itu muncul ketika dalam bilik air namun proses rakaman masih dalam peringkat perbincangan.

"Lagu itu ciptaan saya sendiri dan melodi tercetus ketika saya berada dalam bilik air.

"Idea untuk menghasilkan lagu baru ini datang spontan dan mood pun ada sejak masuk usia baru kandungan saya.

"Saya masih belum dengarkan lagu-lagu ini kepada penerbit tetapi saya mungkin akan pilih satu lagu terbaik untuk dirakamkan sebelum saya bersalin," katanya kepada Astro Gempak.

Lagu itu bakal menjadi kenangan kepada bayinya terutamanya apabila sudah dewasa.

"Apabila dia sudah dewasa kelak dia akan tahu bahawa ibunya pernah menciptakan lagu untuknya," tambah Siti.

Siti ditemui pada majlis sidang media pelancaran rancangan jurnal percutian CTDK-ation yang memaparkan gelagat dan aksi bersahaja percutian Siti bersama keluarganya ke Portugal, Sepanyol dan Dubai.

Rancangan itu bakal disiarkan pada 29 Disember ini di saluran Astro Ria pukul 9 malam.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontonkita © 2017 ceritonton