18 peserta terbaik daripada empat program realiti pencarian bakat di Malaysia iaitu ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ dan ‘Bintang Kecil’, bakal bergabung dan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat masing-masing dalam sebuah program realiti terbaharu, “Ceria Megastar”, dengan membawa misi yang sama iaitu untuk merebut takhta terunggul, ‘MEGASTAR’. Kepelbagaian bakat yang hadir dalam ‘Ceria Megastar’ tidak terhad pada bakat nyanyian semata-mata tetapi juga bakat bercerita, bermain alat muzik, kebolehan menghasilkan lukisan menerusi semburan cat dan juga bakat dalam seni mempertahankan diri. Setiap persembahan peserta akan dinilai oleh dua orang Juri Tetap iaitu pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga pelawak, pelakon dan penyampai radio popular, Johan. Seorang selebriti akan diundang pada setiap persembahan mingguan sebagai Juri Jemputan. Pelawak, pengacara dan pelakon tersohor, Nabil Ahmad pula akan menggalas tugasan selaku Pengacara program.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontonkita © 2017 ceritonton