Pada majlis berlangsung di Damansara, Izara menerima mas kahwin RM700 serta lima dulang hantaran, dibalas tujuh dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan. Majlis dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis dan sahabat handai. Izara bersyukur majlis dirancang selama tiga bulan berjalan lancar dan sempurna. “Sejujurnya saya sangat gementar sebelum acara bermula tapi lega sebaik saja Adib selesai melafazkan akad nikah. “Apa yang pasti, bermulalah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya harap rumahtangga kami berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. Izara bertunang dengan Adib yang juga anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun. Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pihak perempuan seusai akad nikah. Majlis yang mendapat sentuhan perancang perkahwinan GlamWeddings, diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air, Marsha Milan dan Kilafairy. Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Rakan artis yang hadir ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Azira Shafinaz.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontonkita © 2017 ceritonton