Emily amat meminati fotografi. Pada suatu hari, dia dan kawannya Joseph tenampak seorang pengemis bernama Danish yang kacak walaupun kelihatan agak comot. Emily mengambil gambar pengemis tersebut lalu memuatnaikkan gambar itu ke laman media sosial. Dia langsung tidak sangka bahawa gambar itu akan tular sehingga menjadi perbualan hangat orang ramai. Oleh itu, Emily ingin mencari pengemis itu semula untuk mendokumentasi perkembangan hidupnya yang sudah menjadi semakin terurus. Kisah tular Danish ini diketahui oleh Hairi, salah seorang ahli keluarganya. Hairi ialah punca sebenar Danish mengemis setelah berjaya merebut harta keluarga mereka. Kini, Hairi ingin memusnahkan hidup Danish sekali lagi.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontonkita © 2017 ceritonton