Pak Amin dan Mak Som terkejut bila menyambut kepulangan Myra dari cuti semester dengan penampilan barunya yang berhijab dan berjubah. Tidak mereka sangka yang itu salah satu cara penyamaran Myra untuk menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. Myra telah didapati terlanjur dengan Sani, rakan sekolejnya. Myra merahsiakan dari pengetahuan Sani mengenai kandungannya itu kerana takut Sani akan meninggalkannya. Segala masalahnya hanya Tuhan dan Taufik yang tahu. Taufik adalah rakan baik Myra di kolej. Taufik yang nampak agak lembut dalam diam mencintai Myra. Sani hairan kenapa Myra tiba-tiba sahaja berhijab. Dia malu dengan penampilan baru Myra kerana ia boleh merosakkan imejnya. Pak Amin dan Mak Som terdiam apabila mendapat tahu bahawa Myra telah hamil anak luar nikah. Myra yang menyangka dirinya akan dibuang keluarga telah bersedia dengan sebarang kemungkinan atas bantuan Taufik. Kemunculan Taufik untuk membawa Myra pulang mengejutkan Pak Amin dan Mak Som.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontonkita © 2017 ceritonton